Follower Tersayang

Friday, October 22, 2010

Selamat Pergi Cintehati...

Kali ini entri hanya untuk cintehati saya.

Hari ini... Jumaat 22/10/2010 Cintehati saya akan ke Port Dickson (PD). Ada team building dengan dinner sekali. Aduuhh.. Cemburunya saya! Cemburu sebab dia akan berjumpa dengan laut. Saya yang rindukan laut, tapi dia yang dapat jumpa dulu... Huhuhu...

Khamis malam dia datang berjumpa saya. Sebelum dia nak pergi tu siap dera saya bagi tugas! Huh.. Saya kena gosok kemeja dia untuk dinner. Kena charge bateri video cam dia dua-dua. Huhuhu... Tapi tak apa... Sayang punya pasal.. Ahaks! Tapi sebagai upah, saya nak dia rakam waktu dinner malam tu! Saya nak dia rakam persembahan team dia yang ala-ala 60-an tu! Tak kira! Kalau dia tak rakam, saya akan merajuk panjang! Betul ni.. Saya dah cakap kat dia! Kalau dia tak rakam, saya tak nak kawan dia dua hari! Ahahaha...

Malam jumaat itulah sebelum dia nak pergi dia datang ke uptown luangkan masa dengan saya. Seronoknya... Iyalah, sekarang ni kedai dia, dia sewakan. Sebab dia nak berehat, tahun depan dia mula aktif berniaga balik. Yeay!!

Happy betul saya bila tiba-tiba nampak dia datang. Kalau boleh hari-hari saya nak tengok dia. Hari-hari nak dengar cerita dia. Saya takkan bosan. Sebab apa? Sebab hari-hari dia buat saya ketawa. Dia suka loyar buruk dan suka buat lawak.

Macam tadi, asyik berair mata aje sebab ketawa banyak sangat. Dia belikan air dan keropok Rota lepas tu kami kongsi sama. Dia mulalah bercerita jadual untuk esok. Seronok saya dengar. Rindulah saya kat dia nanti.. Huhuhu...

Saya cakap kat dia, jangan lupa telefon saya setiap 1 jam! Hahaha! Kejam sangat tu... Tak kisahlah telefon saya malam lepas dia selesai semua. Sebab dia akan tidur hotel kat sana nanti. Entah kenapa saya akan rasa rindu dia nanti.

Kesimpulannya, hati saya berkata sama macam gambar di atas.

"Kerna aku cinta kamu hari-hari."

Hurrrmmmm....

4 comments:

CintaZulaikha said...

ececechhh.wlupun ko tulis tuk dia, tp aku nak ckp jugak yg ko dah gilo...gilo ngn cinteati..huahahahahaha...ni la namanya demam cinta..cpat2 nyanyi lagu jahat-stacy.."jahatnya kamu, jahatnya kamu"..hihihi

Hanny Esandra said...

tanak la.. aku nak nynyai lagu dangdut la.. ewaahh..

demam cintaku.. sudah berlalu.. rasanya segar di kalbu.. uiihh.. guruh la kat luar.. so, tak boleh sambung nyanyi.. :-)

Eizda Amani said...

semoga happy ending ya darling :-)

Hanny Esandra said...

ida,
A.M.I.N.. :-)