Hai...
Ermm... Walaupun saya tak dapat tengok live tiap-tiap hari jumaat sebab saya ni bekeja waktu malam. Jadi 'Batgurl." Hehehe... Tapi saya akan tunggu hari keesokannya iaitu hari Sabtu yang ada ulangan. Saya tengok Raja Lawak sebab saya nak longgarkan mana-mana urat yang 'ketat' kat wajah saya ni. Hahaha...
Bagi saya, ini pandangan peribadi sayalah, Raja Lawak musim kelima ni lebih bagus berbanding Raja Lawak Keempat. Sangat menyedihkan Raja Lawak Keempat. Lawak sampah yang boleh saya katakan. Juaranya pun suam-suam kuku. Ada kawan saya boleh tanya 'Eh, bila masa wujud juara musim ke-4 ni? Ada ke?' hahaha... Memang setuju sangatlah dengan statement tu sebab memang juaranya tak best pun.
Bagi Raja Lawak musim tahun ni, kira okey jugaklah. Tak adalah boring sangat. Tapi ada jugak kumpulan yang kita orang gelar kumpulan lucah! Sebab apa? Sebab tiap-tiap minggu ada aje lawak double meaning yang dia orang bawak. Kalau siapa yang tengok, dia taulah siapa yang saya maksudkan. Meluat!
Kali ini Nazmi Giliran Nazmi pulak. Harus ke dia keluar? Dia ni not badlah!!! |
Jozan. Suka gila dua mangkuk ni. Dia orang ni mmg ada chemistry. |
Kadang-kadang pulak....
Aku lebih tunggu dan gelak sakan dengan lawak Johan & Zizan daru lawak-lawak peserta tu. Huhuhu... Hidup Jozan!
p/s : Rindu nak tengok Jozan Show. Oleh kerana tak langgan Astro Warna, saya berputih mata sbb tak dapat tengok Zizan Show. Huhuhu...
2 comments:
aku pon...suka joza..cayalahh
joza? aku blom penah dengar pelawak nama joza.. sape tu ct?
ekekekekekkee... ;p
Post a Comment