1.Buat satu entry tentang apa itu cinta.(tak de limit)
2.Letak banner ni di atas entry anda
3.Letak link entry yang dah dibuat di ruangan komen ini
4.Tag 2 orang rakan anda
5.Tarikh akhir 16.3.2011(cepat!)
6.Entry yang menarik akan di review.
2.Letak banner ni di atas entry anda
3.Letak link entry yang dah dibuat di ruangan komen ini
4.Tag 2 orang rakan anda
5.Tarikh akhir 16.3.2011(cepat!)
6.Entry yang menarik akan di review.
Hmmm...
Kali ini saya pula di TAG oleh Ct Nazariah yang suka mencari gaduh2 manja dengan saya. Tanpa dia gelap gelitalah kehidupan saya yang warna-warni ini. *Elehh~*
Untuk memeriahkan lagi segmen tersebut, kau orang semua bolehlah ke sini Al-Hakim.
*Bersedia~ Entri ini lebih kepada mode serius. Sedikit berlainan dengan entri-entri saya yang sebelum ini. Dan entri ini juga adalah luahan yang jujur dan ikhlas dari dalam lubuk hati saya. Tak mainlah copy paste.*
Apa itu cinta?
Cinta itu maksudnya terlalu subjektif. Terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Terlalu payah untuk diungkapkan dengan sejujurnya. Bukan semua manusia di muka bumi ini faham akan maksud cinta termasuklah saya. Tetapi setiap manusia ada pandangan tersendiri yang mungkin boleh diguna pakai.
Untuk Yang Utama,
Cintailah Pencipta kita. Allah SWT. Sebab dia tak pernah meninggalkan kita walau dalam keadaan apa sekalipun. Malah dia sentiasa berada di sisi dan di dalam hati untuk mengawal tindak-tanduk kita. Dialah penasihat utama dan dia jugalah PA kita. Jangan lupakan Dia! Sesungguhnya orang yang melupakan Dia adalah manusia yang sangat rugi. Sejauh mana kita pergi, sejauh mana kita berjaya, sejauh mana juga kita kecundang akhirnya kita kembali juga kepada DIA. Dan... DIA... Belum pernah sekalipun meninggalkan kita. Bersifat malulah kepada DIA apabila sewaktu senang ada yang melupakan-Nya, tetapi sewaktu susah, DIAlah tempat mengadu kita. DIAlah tempat curahan hati kita. Jadi, cintailah Yang Maha Mencintai. :-) (Nasihat ini adalah untuk diri saya juga).
Untuk Yang Kedua,
Keluarga :- Keluarga adalah kedua selepas Yang Maha Pencipta. Tanpa keluarga manalah datangnya kita. Dari perasaan cinta antara ibu dan ayah maka terlahirlah kita. Abang, kakak, dan juga adik-adik. Kebahagian dan keharmonian yang terletak di dalam sesebuah keluarga haruslah dikekalkan. pertalian darah tak mungkin dapat dipisahkan. Malah air yang dicincang tidak pernah akan putus. Siapa yang akan menghulurkan bantuan kala kita dalam kesusahan? Siapa yang tak pernah berkira dalam menghulurkan bantuan dari segi apa pun? Siapa yang akan memberi perangsang di dalam duduk bangun kita dalam sesuatu hal? Keluarga. :-)
Untuk Si Dia,
Dia :- Mencintai sesama insan itu suatu fitrah. Sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah. Jodoh dan pertemuan adalah kerja Dia. Pepatah yang tak perlu dipertikaikan ; Kita hanya merancang tetapi Alah jua yang tentukan. Si dia... seseorang yang berada paling dasar di hati kita. Menjadi sebahagian dalam hidupkan. Merupakan belahan jiwa kita. Juga menjadi penyokong kuat di belakang kita. Dia juga membantu kita menzahirkan segala curahan idea serta berupaya memberikan inspirsi kepada kita. Mencintai dia sepenuh hati dan ikhlas kerana-Nya akan menjanjikan kebahagiaan yang tak terhingga... :-)
Cukuplah sampai di sini sahaja. Kalau nak diceritakan memang takkan habis punya... Hahaha... Jadi ini sahajalah yang saya pertaruhkan.
Buat dua kawan yang harus di tag adalah :-
6 comments:
masyeh sudi join n bagi pendapat anda tetang cinta..betul tu..cinta ni subjektif..=)
hamboiii...cam ngata aku jek..kihkih.
alhakim,
terima kasih kembali..
ct,
aku baca lebih 3x nak tau tang mana aku ngata ko.. oouuh.. ko terasa pasal copy paste tu ke?
sama sekali tak langsung aku ckp psl ko.. sbb aku tgk kekdang org ni suka main copy paste pasal makna cinta, qoute psl cinta, pastu letak kt entri sdri.. sori yer klo ko terasa..huhu..
cinta itu subjektif..
bnyk kata2 tentangnya..
hm..
betul2
neway,
thnx memeriahkan penyertaan..
:)
all the best.
-juri
cik nurussalwa,
oh.. cik juri ke mari.. terima kasih.. sekadar pendapat picisan dr org seperti saya.. :-)
Post a Comment