Warning : Entri ini mungkin akan buat anda tercirit-birit dan muntah hijau!~
Setahun...
Setahun percintaan kami...
Mengambil masa kira-kira 5 bulan untuk mengurat.. Dialah ngurat saya..~
Waktu tu memang best... Macam2 benda dia buat nak ambil hati saya.. Konon nak kasi hati saya cairlah tu~
Sampai kawan saya kata, dia heppie gila sebab akhirnya saya terima si dia. Sebab dia kata,
"Kawan aku ni susah nak kawan dengan lelaki. Dia memilih! Dia pk dia hebat sangat nak memilih tuh! Cantik sngtlah tu!"
Oh... Kata-katamu sungguh tragis.. Tapi kutelan jua..~ kekekek...
Dalam masa setahun ni, boleh bilang dengan jari berapa kali salah faham. Tapi tak pernah gaduh besar lagi. Sebab apa? Sebab dia selalu mengalah dan malas nak layan saya meroyan.. Adehhhh... Aku ni merajuk ingat dia nak pujuk? Sorielah der..~ Pujuk diri sendiri je la.. Hahaha...
Tapi, apa2 pun. Saya sayaaaaannggg diaaa... Baru saya tau, macam ni rasa sayang kat seseorang. Dulu bercinta jugak, tapi belum sempat berputik perasaan sangat dah hancur. Nampak sangat tak ada jodoh.. Hurmm..
Saya selalu dengar Cintehati cakap kat saya :-
"Kenapa kita lambat jumpa, ya?"
"Kenapa abang perlu jalan jauhhhh nak jumpa awak? Bergaduh dengan ex.. Bercinta, putus, bercinta, putus... Tengoklah sampai umur abang dah 30 tahun..."
Tau tak apa saya rasa bila dia ckp macam tu? Tak tau nak describelah apa saya rasa... Tapi.. yang penting ada rasa menyucuk2 kat ulu hati. Apa tu?
Saya cakap kat dia...
"Ini jalan yang Allah tentukan untuk kita. Semua ada hikmahnya. Ada orang senang aje, jumpa terus kahwin. Ada orang berliku-liku halangan untuk berkahwin. Semua tu ada hikmahnya."
"Kalau abang tak gaduh besar dengan ex abang tu, tak adalah kita ni berjumpa.."
"Dan kalau angah saya tak tukar tapak kedai, tak adalah pertemuan kita.." (Sambil tersengih2~)
Sesungguhnya, merekalah 'alasan' yang diciptakan oleh Allah untuk kita bertemu.
Terima kasih ya Allah...menemukan seseorang yang sempurna di mata saya walaupun tak sempurna di mata orang lain. Semoga ikatan kami terus berkekalan. Kawan-kawan dan keluarga juga diharap sangat mendoakan kebahagian kami.Dan harap sangat dialah jodoh sebenar. Ahai... Insya-Allah kalau tak ada aral melintang, kami akan ke fasa seterusnya. Melangkah maju setapak dalam perhubungan kami.
Amin.
P/S : Lapar~
11 comments:
wah! bestnye!!!
eppy anniversary kak!
smoga kekal besame smpai akhir hayt tau!
wah! bestnye kak!
appy anniversary kak!
smoga bsame sampai akhir hyt ok! =)
wahh bestnyerr..kte jumaat depan baru stahun ;p
kihkihkih...aku paham perasaan ko..aku ucapkan selamat berbahagia selamanya~~Weeeeeeeee
nad...abe dh 30-an tu..boleh benar masuk minang gadisnya...
kita perlu sakit dulu, baru kita akan merasa betapa manis dlm satu hubungan..trust me..(:
miss zie,
oh ye ke.. hepie anniversary.. ;p
ct,
mekasihh...
kak afna,
haha... dlm proses lagi.. ;p
cik jee,
betullah cik jee.. sy hargai semua yg berlaku dlm hub saya.. ;) neway, thankssss.. ;p
nak wish guk,evn dh tlps..hehe
apy annvsry ya!
Post a Comment