Hai semua...
Sebenarnya tak ada apa cerita yang menarik untuk saya ceritakan. Melainkan cerita sekarang ni masih lagi 'hot' mengenai pertunangan saya dengan Cintehati. Sebab itulah saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di blog saya yang dah rojak ni. Hahaha...
Selepas bertunang, saya tak sangka saya akan dihujani dengan soalan yang membawa maksud yang sama. Iaitu : 'So, apa perasaan jadi tunang orang?'
Ngehngehngeh... Memang ramai yang bertanya. Sampai naik malu dibuatnya. Bukan di FB aje yang tanya. Ada jugak kawan-kawan yang mesej henfon saya dan kat uptown pun ada la dua, tiga orang yang tau. Hehehe...
Saya tak tau nak jawab macam mana. Selalu saya senyum aje. Apa nak jawab ya? Jadi tunang orang tak merubah apa-apa. :-) Macam biasa. Tak ada ap-apa yang berubah dari segi fizikalnya. Masih lagi pasangan yang tak boleh melupakan antara satu sama lain. :-) Masih juga lagi belum punyai ikatan yang sah.
Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, hubungan dan tempoh pertunangan ini ibarat menjaga kandungan yang baru masuk dua bulan. Kena berhati-hati jangan sampai gugur. Betul! Ada kawan nasihat, waktu inilah saya memang kena jaga hati Cintehati lebih-lebih lagi kalau melibatkan keluarga dia. Berkenal-kenalanlah dengan keluarga dia untuk memahami adat resam budaya mereka.Wahh! Terima kasih, kawan!
Perasaan memang bahagia sangat-sangat. Rasa diri disayangi. Rasa kasih-sayang tu bertambah dengan ikatan ni. Ini baru bertunang. Hahaha.. Saya tak mampu lagi sembunyi dari meluahkan perasaan saya. Tapi hendak berkongsi perasaan ini bukan pada semua. Sebab bukan semua pun suka. Dan juga, saya takut kalau saya berkongsi rasa dengan certain kawan-kawan, saya takut ada satu perasaan halus mula tumbuh dlm hati mereka. Saya lebih senang begini. Diam dan senyum sendiri. Ada blog luahkan. Ada diari tuliskan. Selainnya simpan dalam hati. Kawan-kawan tanya baru jawab. Kalau tak pun boleh baca kat sini.. :-) Itu yang selalu saya tanamkan. :-)
Lagi apa ya? Okey. Proses bertunang ni memang banyak yang saya kena pelajari. Lebih sensitif tentang semua perkara. Yang lain-lain biasa aje. Dulu kan, saya suka ajuk balik apa dia cakap or apa dia bebel kat saya. Tapi satu hari saya kena marah. Saya bergurau aje.. :-( Wahaha.. Sentap mak noks! Saya cakap kat dia, janganlah marah....... dia jawab, bukan marah. Tegur dan ajar aje sikit.. Nanti esok2 dah terbiasa macam tu susah! Ngehahaa.. start dari tu, saya kawal. Tapi kadang2 terlepas. Tulah! Bila dah terbiasa, memang susah kan... so, baru faham...
Tapi, ada satu yang betul-betul buat saya pelik. Hmm.. blogger2 sekalian, memang ke kalau kita dah lepas bertunang, orang yang bertanya tu, soalannya tak lepas dari, "Berapa wang hantaran?" Saya teringat seorang adik di uptown, dia tengok saya cuti lama. Bila datang terus tanya, "Kak, lama cuti, bertunang ke?" saya jawab, "ya." Terus dia meluru ke saya dan cakap, "tengok cincin!" Hahaha.. itu okey lagi. Tapi lepas tu dia duduk2 lepak kedai saya. Kata nak tengok gambar. Saya bagilah tengok.
Lepas borak2 sikit, dia tanya, "hantaran berapa kak?" Saya hampir tercengang. Hah? Tanya hantaran saya? Pelikkkkkk... Memang ke? Sebab bukan sorang ni bertanya, ramai tanya. Adehhh.. Saya rasa perkara ni tak perlu tanya kut? Bagi saya (mungkin saya masih ortodoks), Hantaran2 ni kerja orang tua. Kalau yang tau pun cukup2lah keluarga saya dan pihak lelaki. Tapi yang tak rapat dengan saya bertanya, apa kes? Saya cakap? "Hah? Takmaulah. Rahsia." Dia pujuk saya lagi. Saya tetap geleng kepala. Dia pujuk jugak sampai dia cakap, "Ala kak.. Bagitaulah. Kalau akak cakap nnt saya bagitau saya pulak." (Dia bertunang sebulan awal dari saya.) Eeiii.. tak kuasa aku! Saya tak ada teringinnya nak tanya dia punya berapa. Bukan saya ler orangnya nak sibuk2 berapa wang hantaran.
Setiap kali saya pergi rumah kawan-kawan yang bertunang atau kahwin, tak pernah saya nak tanya perkara tu. Hahaha.. Pelik. Atau saya yang pelik? Saya bukan artis yang wang hantarannya berpuluh ribu. Kawan-kawan yang rapat kalau tanya, saya bagitau la. Takde hal punya.Not a big deal la nak bagitau berapa kalau kengkawan yang rapat tanya.
Tempoh setahun tak lama. Pejam celik, pejam celik dah setahun. Saya harus siap siaga dari sekarang. Semua pun kena fikir dah. List pun kena buat dah. Organizer dia habis saya conteng. Buku saya bersih lagi. :-) Persiapan perkahwinan bukan macam pertunangan, last minit pun boleh. Ini memang kena siap2 dari awal. Duit yang dapat sekarang ni terlalu berharga untuk saya habiskan kat perkara yang bukan2. Berharap sangat rezeki saya murah. Novel baru saya pun dengarnya mendapat feedback yg sgt positif dan memberansangkan. Alhamdulillah. Doa2lah ia diulang cetak berbanyak kali. Hehehe...
Cukuplah ya... Nanti sambung lagi. Hihihi..
p/s : Isi entry sekadar tak mahu bersawang. :-)
6 comments:
betul la kak.. bile da tng nie mcm2 dugaan.. syaitan plg ske kcu smpai dua2 da xthn.. akk kena hati2 tau.. da biasa kot kak tnye hntrn nie,, atie slalu dgr.. klu bnyk msti ckp peh! bnyk siot.. klu sikit, ee.. sikitnye hntrn dia.. laki dy kje ape ek?? so, akk wat bodo je.. khwn bukn sbb hntrn.. tpi hti..
tempoh pertunangan adaah tempoh yg memerlukan kita untuk banyak bersabar. dugaan akan datang selang seli dengan kegembiraan..lagi nak dekat, lagi banyaklah dugaannya. yg kita kena buat hanyalah bersabar, tenang dan sentiasa berdoa. dgn tu je kita akan jadi pengantin yang cantik dan berjaya pada hari yang penuh bersejarah nanti...aku doakan ko akan menjadi pengantin seperti apa yang aku katakan tuh...caiyok2 nadya..
atie,
yer syg... btul.. dugaan byk sgtt.. tp sekarang akak belum rasa bahang dugaan tu lagi.. mungkin sebab baru kan.. apapun kena jaga2.. thanks atie..
ct,
wahhh.. thanks ct... amin.. aku hrp masin mulut ko.. aku akan ingat nsht ko.. :-)
Aku tau hantaran ko brape~~
Aku dengar mase org sebok duk bincang..kekeke
uja,
ko semestinyalahhh.. dah ko jadi perisik.. tadah telinga kat celah pintu.. wakakak.. ada gambo ko sedang mencurik dengar~ lalala...
Post a Comment