Follower Tersayang

Monday, July 18, 2011

DBT Tahu Rasa Cinta.

Hai kawan2...

Sekarang ni saya tengah bekerja di Uptown, Shah Alam. Walaupun kedai abang saya, saya jaga, saya dibayar, jadi saya ada tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan. Seronok tu memang seronok. Berniagalah katakan. Tengok sikap yang macam2. Itu pun boleh dijadikan bahan saya untuk menulis manuskrip terbaru. 

Contoh macam novel terbaru saya, Tahu Rasa Cinta. Sejujurnya novel itu memang dekat dengan jiwa saya. Cara garapan itulah sedikit sebanyak menggambarkan jiwa saya. Saya mahu jadi novelis yang versatil satu hari nanti. Maksudnya, kalau saya buat cerita sedih, orang akan menangis sampai meleleh-leleh air hidung. Kalau saya buat cerita lawak, orang akan ketawa berguling-guling. Kalau buat cerita falsafah, orang akan berfikir sampai tak lelap tidur waktu malam. Insya-Allah. 

Berbalik kepada novel TRC ini, setiap karakter di dalam novel tersebut, adalah wujud. Saya ulang sekali lagi, orang berkarakter sebegitu adalah wujud. Bukan rekaan semata-mata. Cuma watak itu khayalan saya. Sikap/karakter seperti itu, ada. 

Saya ambil semua karakter itu dan serapkan di dalam watak Anuar, Erzalina, Mahfuzah, Syed Bakri, Fadli, Azwa, Rafiyudin dsb. Siapa watak2 ini??? Hmmm.. Saya ibarat tangan gergasi, dan orang2 di sekeliling saya adalah orang2 yang kerdilnya seperti semut. Saya hanya tinggal memegang kepala mereka, yang betul2 menepati karakter yang saya mahu, dengan dua jari saya, ibu jari dan telunjuk, dan letakkan mereka di dalam kertas kosong saya. :-)

Anuar
Anuar seorang yang gila-gila. Cakap2nya selalu menyakitkan hati. Jarang nak jaga hati orang lain tak kira lelaki atau perempuan. Tapi dia sengal! Ya! Dia sengal yang kadang2 boleh buat orang nak lempang hidup2. (Susah nak mampus mula2 nak create watak ni.) Tak nak kalah. Nak menang aje. Pandang ringan soal agama. Tapi jatuh cinta pada si muslimah sejati - Erzalina. Saya yang cipta dia, saya balik yang sakit hati dengan dia! 

Erzalina
Seorang yang manis. Bertudung litup dan pakejnya lengkap sebagai muslimah sejati. Bukan jenis saya Erzalina ni. Saya ni baju pun masih pakai atas punggung. Tapi tidak Erzalina. Jadi pembaca2 yang ada kata saya seperti Erzalina, anda silap. Kami jauh berbeza. Lemah-lembut dan sangat sopan-santun. Pemalu. Susah juga nak menjiwai si Erzalina, kerana jiwa saya tidak begitu. Ini barulah cabaran seorang penulis. Saya suka.

Syed Bakri dan Fadli
Kawan2 Anuar. Hanya mereka sanggup sebilik dan bersama2 dengan si Nuar. Mereka ni ibarat benteng kepada Anuar, supaya Anuar tidak tersasar jauh. Senakal2 Anuar, dia masih ada rasa hormatnya kpd kawan2 spt Syed Bakri dan Fadli.

Mahfuzah
Nama Mahfuzah saya pinjam daripada kawan saya. Karakter Uja dalam novel saya dan Uja yang realitinya tidak jauh beza. Genit dan sedikit nakal. Uja yang saya kenal pun nakal2 sikit. Hehehe.. Jangan marah Uja.  Berkawan baik dengan Erzalina. Tapi Uja selalu kena buli dengan Anuar.

Azwa
Ya. banyak saya terima komen tentang watak ini. Tentang watak yang bagi mereka sangat bersahaja dan bukan dibuat2. Sudah saya katakan, karakter seperti itu ada. Jadi tak ada masalah untuk saya cipta siapa Azwa ini. Mereka sukakan ke'selamba'an antara Anuar dan Azwa sebagai adik dan kakak. 

Watak lain2 hanya sampingan. Latar suasana dan tempat juga wujud. Scene2 di dalam novel ini juga saya petik dari scene2 yang pernah terjadi di sekitar saya Banyak kenangan semasa saya bersama dengan manuskrip ini. Saya pernah berputus asa. Penat. Menulis yang ini memang penat. Tak seperti dua novel saya sebelum ini. (Kalau nak kira novel solo la..) 


Tapi hasilnya.. Hmmm.. Semanis buah ceri. Alhamdulillah. Doakan novel ini dan novel akan datang adalah tabung saya untuk mendirikan masjid tahun depan. Amin. Amin Ya Rabbal-Alamin. 

p/s : Akan datang. Teen. Insya-Allah. 

8 comments:

ezy.fia said...

tp anuar kire gentleman la 2..
nk ngorat erzalina smpai snggup ke kelantan..
suke anuar walaupon die sengal..
haha..

Mahfuzah said...

pergh...aku nakal ek? mane ade..hehehe..
aku doakan ko akan sukses menjadi penulis yg berjaya suatu hari nanti..(skema je ayat aku kan) kuang3...

Atie iskandar said...

kite tak beli lagi.. ritu cari tak jumpe.. da masok belajar nie tak sempat da nak pegi jalan2... mesti best kan.. akak pos 1 untuk kite ley?? hehe

Hanny Esandra said...

cik ezy,
thanks sebab sudi bce nvl tu.. n tinggalkan review kat blog.. sgt2 hargai.. :)

Hanny Esandra said...

uja,
hehehhee.. nakal sikiiiiiit jee..amin.. mekasih yerk..

Hanny Esandra said...

atie,
boleh... tp kne belanja akak mkn..haha

Atie iskandar said...

haha... no prob.. tapi jgn mhl2 tau.. student xde duit.. hehe..

nie alamat umah atie:
hidarti salamon,
1659 felda air tawar 2,
81920 kota tinggi johor..

nnti akak bitau ea bape harga dia..
nnti bg sekali no acc akak,, kite b.in ok! harge lepas discount tau.. huhu...

Hanny Esandra said...

atie,
ok.. akan dipertimbangkan..haha..