Follower Tersayang

Saturday, July 30, 2011

Pilih Kasih?

Hai kawan-kawan...

Hari Sabtu yang sejuk dan mendamaikan. Lepas siap semua kerja, masa untuk bersama blog kesayangan. Hari pun dah petang. Sajelah nak post entri ni sebab teringat.

Saya bukanlah siapa2 dalam arena blogger. Tapi apa yang saya faham, blogger2 ni pun boleh kita tahu sikapnya. Mungkin saya ni masih baru-baru nk aktif. Takpelah, itu saya tak kisah. Kalau kita nak berkawan, memang niat kita nak berkawan kan? Bukan kerana nak mengejar trafik siapa paling tinggi. Betul saya tak heran walaupun saya ada perasaan nak tahu macam mana kita nak menarik pembaca / trafik berkunjung ke blog kita. 

Mr. Nuff saya letak tu pun sebagai tanda kita mahukan trafik dan blog yang semakin mantap. Betul x? Janganlah cakap, ala.. letak nuffnang tu saja2 je. Kalau saja2 saya rasa sepatutnya mereka tak letak pun nuffnang tu. 

Hmmm... Apa2 pun Mr. Nuff tetap best sebab bai tiket free waktu hari jadi saya hari tu. Bagi saya earning.. Itu buat saya semangat untuk aktif menulis. 

Cuma kadang2 saya kesal, saya tahu ada diantara blogger2 ni dah terkenal. Dah tak terlarat pun balas komen satu per satu. Betul x? Itu saya tabiklah pada blogger yang followernya sampai berberlas ribu. Woooo.. Mesti dia kejap2 dapat check dari Mr. Nuff. Hahaha.. Untungnyaaaaaa...

Tapi kalau follower pun setakat beratus2 sama macam saya. Ada yang saya rasa hmmmm... tak semua komen dia balas. Ada yang tak mesra alam pun. Komen kita bagi tu macam angin lalu aje. Kan ke kalau ada komentar tu bermakna ada pembaca yang baca entri kamu? Janganlah sombong... Bukan sekali, dua kali, tapi banyak kali komen takkan tak sedar juga.

Okey, sebab itu saya jarang nak komen kat blog orang. Tapi saya baca. Saya malu nak komen sebab saya fikir siapalah saya. Oh.. Nanti dulu. Jangan salah faham ya. Bukanlah saya nak sangat orang komen di blog saya, cuma apa yang saya nak sampaikan di sini, jagalah kawan2 blog anda. Hargai mereka. Itu saja. :-)

Apa2 pun, saya sekarang ni hanya komen blog yang saya rasa saya betul2 ada chemistry. Walaupun saya tak kenal tapi saya anggap macam kawan saya sebab memang itu saya - yang suka berkawan - cuma tak tau macam mana nak mulakan persahabatan -  sebab saya tidak peramah pada awalnya -

Itu saja nak cerita. Hehehe.

p/s : Cik P ni... tak sabo2 nak datang~ Tak dapat sambut 1st Ramadhan.. :-)

8 comments:

ezy.fia said...

cik ezy pon kdg2 segan gak nk komen blog org2 pemes ni..
malu2..
hahakk

Hanny Esandra said...

malu kan...sbb pk2 balik, kite ni merangkak lagi, tp dorg tuh dah terkenal sgt dah.. :)

cik dila said...

haha,kak..kite pun mula2 malu jugak nak komen,tp buat muke tembok besar cina je drop komen dkt blog diorang mcm dah kenal sejak lahir je,naseb bek lah diorang okey..hehe.. ;)

iena said...

hihi.. selamat menyambut ramadhan! :) iena pun x pernah komen blog pemes2..takat bce2 je lah..hihi..tp...eh3..terkomen pulak kt blog ni..hehe...

Hanny Esandra said...

cik dila,
hehehe...kalau dibalas tu kira okeylah.. maknanya bagusla blogger tu.. mungkin klu dh terlampau ramai, mana nak perasan yg kecik2 ni..hehehe..

Hanny Esandra said...

iena_mieyna,
eh.. terkomen kt blog x pemes ni plak ekh.. hahaha... selamat menymbut ramadhan juge. ;)

JeeMacey said...

tak pa cik hanny,komen tak byk,traffic tak tinggi pun takpe. yg penting kita wujudkn blog untuk berkongsi dgn org lain ..;)

Hanny Esandra said...

cik jee,
hmm.. betul tu.. sharing is caring.. ;)