Follower Tersayang

Tuesday, February 21, 2012

Seindah Diari Cinta - Bab 6

Bab 6 yang tertinggal. (Sebelum ni dah post, tapi ada masalah teknikal.)


6
KERTAS yang tak serupa kertas itu berjaya sampai di atas meja Shafwan. Azzalea buat-buat selamba padahal di dalam hatinya berkocak hebat bila melihat wajah tercengang Shafwan apabila melihat kertas tersebut.
            “Ni kertas ke roti kirai?” soal Shafwan sambil mengangkat tinggi-tinggi kertas yang sudah lunyai itu.
            “Kertaslah encik.” Berani sungguh Azzalea menjawab.
            “Menjawab!” herdik Shafwan sehigga terangkat bahu Azzalea dibuatnya.
            Azalea hanya tunduk. Dia hanya mampu menyumpah seranah dalam hati. Cis! Dah dia tanya, aku jawablah! Itupun salah ke? Eii… geramnya!
            Shafwan hanya menjeling tajam. Dia kembali memandang kertas yang dia sendiri sebenarnya tak lalu langsung nak tengok. Tak ada selera nak buka lipatan kertas yang sudah nazak itu.
            Kemudian Shafwan buka juga kertas tersebut. Dia meneliti satu per satu. Kali ini Shafwan tak banyak cerewet bila dia lihat Azzalea betul-betul menurut perintahnya. Dia mendongak mencari wajah bujur sireh Azzalea.
            “Kerusi kat dalam bilik ni banyak. Awak boleh pilih aje mana satu yang awak nak duduk.” Pelawa Shafwan dalam nada yang menyakitkan hati.
            Azzalea malas mahu melayan kata-kata Shafwan yang kasar-kasar selalu sepanjang dia mengenali lelaki itu.
            “Macam mana kertas ni boleh jadi macam ni?” soal  Shafwan bengang. Suruh buat kerja mudah macam ini pun sampai lunyai kertas ini dikerjakannya.
            “Dah nak jadi macam tu, Encik Shafwan. Saya nak buat macam mana lagi.” Keluh Azzalea. Dia hanya memandnag sekilas sahaja mata helang Shafwan.
            “Oh, ya. Tadi saya Dariah ada datang jumpa saya.” Ujar Shafwan.
            Kecut perut Azzalea mendengar nama Tengku Badariah disebut-sebut. Perlahan-lahan dia memanggung kepala mencari anak mata Shafwan.
            Shafwan hanya berdeham menunggu reaksi Azzalea. Gadis itu mula tak tentu arah. Alamak! Mesti Encik Shafwan ni nak maki aku lagi! Cukup-cukuplah dengan denda yang dia bagi ni. Janganlah ditambah lagi. Tak sanggup…
            “Awak dengar tak apa saya cakap?” soal Shafwan lagi.
            “Dengar, Encik Shafwan.” Balas Azzalea perlahan.
            “Awak tau kenapa Dariah datang jumpa saya?” soal Shafwan lagi.
            Azzalea hanya menggeleng. Dia menunggu Shafwan berbicara seterusnya. Nanti kalau aku menjawab, dia marah! Baik aku diam. Ngomel Azzalea di dalam hati.
            Shafwan berdiri. Kemudian berjalan menghampiri Azzalea yang masih tunduk memandang karpet yang menyelaputi lantai bilik itu. Shafwan memang betul-betul rapat dengan Azzalea sehingga harum mnyak wangi yang dipakai Shafwan menusuk ke rongga hidung Azzalea.
            “Dia suruh saya berhenti denda awak.” Sambung Shafwan perlahan.
            Azzalea hanya diam tak berkutik. Shafwan kembali ke tempat duduknya. Dia menghela nafas panjang. Azzalea juga turut rasa lega bila Shafwan bergerak menjauhinya.
            “Okeylah! Saya tahu saya ni mungkin keterlaluan denda awak. Kalau awak buat perangai lagi, saya tak teragak-agak nak denda awak lagi.” Shafwan memberi amaran. Dia kemudian melihat lagi kertas yang terbentang di atas meja.
            “Bagus! Semua tandatangan ni memang asli kepunyaan dia orang.” Shafwan Menyambung kata-katanya kembali. Heh! Minah ni mesti percaya aku cakap yang aku tau tandatangan dia orang. Padahal sorang pun aku tak tau kecuali Ferdi. Hahaha.
            “Kalau macam tu, saya dah bebas dari dendalah ya, Encik Shafwan?” soal Azzalea. Matanya bersinar-sinar. Akhirnya dia boleh sertai kawan-kawannya yang lain.
            “Awak boleh pergi!” balas Shafwan.
            Sepantas kilat Azzalea beredar setelah mengucapkan terima kasih kepada Shafwan. Dia betul-betul gembira. Terasa seperti baru dilahirkan ke dunia. Lepas ni aku tak payah nak menghadap muka Encik Shafwan lagi! Yahoo!

HARI itu adalah hari kelima orientasi pelajar-pelajar baru. Barulah Azzalea aman dan menghayati orientasi dan tak diganggu lagi oleh Shafwan. Lelaki itu pun sudah tidak nampak-nampak semenjak dua hari yang lalu.
            Malam itu dia bersemangat mahu catch-up balik apa yang telah tertinggal selama dua hari. Itu pun sebab mamat singa yang mengganggu sesi orientasinya. Azzalea khusyuk menyalin nota atau jadual-jadual sewaktu siang yang dia disuruh mencari beberapa orang untuk minta tandatangan. Sampai sekarang Azzalea tidak faham kenapa dia disuruh melakukan itu. Apa kena-mengena dengan kebaikan untuk dirinya pun dia tak tau. Shafwan memang betul-betul menyusahkan! Huh…
Maisera juga leka memerhatikan dia yang sedang menulis di dalam sebuah buku. Kemudian matanya terlihat sebuah buku cantik berwarna merah jambu.
            “Eh, ni buku apa? Aku tak pernah tengok pun.” Tangan Maisera laju mencapai sebuah buku di celah-celah buku yang disusun rapi.
            Sepantas kilat Azzalea merampas kembali buku tersebut dari tangan Maisera. Dia tersenyum tipis.
            “Ini diari akulah, Sera.” Balas Azzalea perlahan
            “Lah… Dairi ke? Sorrylah aku ingatkan buku apa yang cantik tu. Tak sangka pulak aku kau ni penulis diari.” Maisera ketawa kecil.
            “Setiap tahun aku ada dairi tau. Aku tak retilah macam kau nak cerita kisah-kisah kita dalam blog. Bagi aku kalau tulis kat blog semua orang boleh baca.” Balas Azzalea sambil menyambung kembali kerjanya. Diari merah jambunya disimpan di dalam laci meja.
            “Kat blog aku tak letak kisah-kisah peribadi sangat. Cuma berkongsi aktiviti-aktiviti aje. Waktu bila kau menulis? Aku tak perasan pun?” soal Maisera.
            “Waktu kau dah tidur! Kalau tak selagi tu kau duk mengacau aku!” Azzalea ketawa galak. Lebih-lebih lagi bila dia lihat muncung Maisera yang dah panjang sedepa.
            “Agak-agaknya mesti ada terselit kisah Shafwan yang tercinta tu kan?” usik Maisera sambil menongkat dagu di atas meja. Sengaja mahu menyakitkan hati Azzalea.
            Azzalea membuntangkan biji mata. Cis! Macam tau-tau aje aku ada tulis kisah lelaki yang menyakitkan hati tu! Entah-entah si Sera ni ada baca tak? Tak boleh jadi, kena sorok ni!
            “Buat apa aku nak letak nama dia dalam diari aku pulak? Buang masa aje. Membazir kertas dalam diari ni aje. Huh!” Azzalea beri jelingan maut kepada Maisera yang sudah tersengih-sengih.
            “Dah kata diari, mestilah ada tulis benda-benda yang berlaku dalam hidup kau!” balas Maisera tak mahu mengalah.
            “Iyalah… Aku mengaku memang ada. Ha! Puas hati?” soal Azzalea sambil mencebikkan bibir.
            “Janji kau tak mengumpat aku dalam diari kau tu dah.” Balas Maisera yang mula berjalan ke arah katilnya. “Aku nak tidur dah ni. Kalau kau dah siap, nanti letak balik nota atas meja aku ekh. Esok kita ada aktiviti lagi.” Maisera mula menarik selimut.
            Azzalea hanya tersenyum dan menyambung kerjanya kembali.

SELESAI melakukan aktiviti riadah di waktu pagi, semua pelajar terus pulang ke bilik masing-masing. Mereka harus bersiap-siap untuk ke dewan kuliah pula. Ada taklimat mengenai subjek-subjek mengikut ‘course’ masing-masing dengan lebih terperinci.
            Sampai di depan muka pintu, Azzalea dan Maisera saling berpandangan. Kemudian mata mereka sama-sama melotot memandang objek di depan pintu bilik mereka. Bala apa lagi yang datang menimpa ni?
            Azzalea menguis sedikit bakul yang penuh dengan kain baju yang kotor dan penuh dengan lumpur.
            “Siapa punya agaknya ni ya?” soal Maisera sambil memandang Azzalea dengan penuh tanda tanya.
            “Entahlah. Aku rasa mesti ada yang tersalah letak ni. Buat tak tau ajelah.” Balas Azzalea sambil memasukkan anak kunci ke tombol pintu.
            “Eh, kejap Lea! Cuba kau tengok betul-betul dalam bakul ni. Macam ada nota dia tinggalkan.” Mata Maisera masih memandang kain baju yang kotor itu.
            Azzalea juga turut memandang ke dalam bakul tersebut. Dia bertinggung di depan bakul tersebut. Tangan kirinya cepat-cepat menutup mulut. Loya betul tekaknya apabila terhidu bau busuk seperti kambing yang tak mandi setahun. Busuk sungguh bau lumpur-lumpur kering yang melekat di baju jenis jersi itu.
            “Siapa punya kerja ni!” Azzalea mula mahu naik angin.
            “Cubalah kau baca nota tu, Lea.” Balas Maisera.
            Azzalea menguis sedikit baju tersebut dan mengambil nota kecil yang diselitkan. Mereka sama-sama membaca nota tersebut.

Salam. Azzalea.
Tolong cuci baju saya ni ya.
Saya baru balik dari main ragbi. Penat nak basuh sendiri.
Ini hukuman sebab ada orang berani campur tangan dalam urusan saya menghukum awak dan ini juga adalah hukuman terakhir. Peace! :p
Encik Shafwan.

            Azzalea dan Nur Maisera saling berpandangan. Nur Maisera boleh lihat dengan jelas api-api kemarahan yang mula mendidih dalam darah Azzalea yang mengalir. Nafasnya juga semakin kencang.
            “Arghhh!!!” Azzalea menjerit sekuat hatinya.
            “Lea! Shh!!” Maisera cepat-cepat memeluk Azzalea dan menekup mulut rakannya itu. Dia menolak tubuh Azzalea supaya masuk ke dalam bilik sebelum semua penghuni bilik menjenguk ke koridor melihat suara siapa yang nyaring itu. Bakul berisi kain baju yang kotor itu juga dibawa masuk bersama. Nak tak nak mesti Azzalea kena basuh jugakkan?
            “Aku geram betul, Sera!” jerit Azzalea. Dia mencampakkan cardigan yang tadinya membalut tubuh ke birai katil. Rambut yang diikat satu juga dirungkaikan dan dia sengaja mengusutkan rambut lurusnya itu.
            “Sabar, Lea. Aku pun geram juga dengan apa yang Encik Shafwan buat kat kau.” balas Maisera.
            “Tak puas-puas lagi ke dia menyeksa aku ni! Melampau!” Azzalea menjerit lagi. Dia baring di atas katil. Matanya dipejam rapat-rapat.
            Nur Maisera hanya diam dan memandang gelagat Azzalea yang sedang dirasuk kemarahan. Dada Azzalea sahaja yang kelihatan berombak kencang. Takut untuk Maisera menegur. Dia tahu dia tidak berada di situasi Azzalea jadi perkataan sabar itu senang diungkapkan.
            “Aku pun tak faham dengan Encik Shafwan ni. Kenapalah dia buat kau macam tu?” soal Maisera juga tidak puas hati.
            “Aku tak kira! Aku nak pulangkan semua baju kotor ni! Apa nak jadi, jadilah! Makin aku diam. Makin lemak pulak mamat sewel ni!” Azzalea bersila duduk di atas katil. Matanya hanya memandang ke satu arah.

No comments: