Follower Tersayang

Wednesday, May 30, 2012

Happy Birthday To me.. (26/5/12)

Hai, assalamualaikum kawan2 semua.
Korang apa khabar?
Sihat tak?
Hehehe...

Hari ni dah 29/5/12.. Dah 3 hari berlalu. Dah 3 hari genap usia saya 27 tahun.
Perasaan saya? Mestilah gembira bila Allah masih beri saya peluang untuk bernafas di muka Bumi ni. Dia beri saya pinjam lagi nyawa untuk setahun lagi. Dan berharap untuk tahun2 akan datang Allah masih panjangkan umur saya. Sebab terlalu banyak perkara yang masih saya mahu lakukan teruatamanya yang melibatkan jalan menuju ke 'sana.' 

Birthday saya Sabtu, jadi ramailah yang tak dapat nak celebrate. Cintehati pun kerja hari sabtu.
Tapi petang tu dia call saya ajak keluar teman dia main futsal. Lepas tu dia belanja makan. Yeay! 

Hari Isnin barulah dapat makan ramai2. 
Tapi keluarga Along saya aje tak ada. 
Jadinya Angah la yang meraikan besday girl ni. Hikhik. 
Kitorang pun set time kat Secret Recipe, seksyen 18, Shah Alam. 
Itu pun dah pukul 9.00 malam.
SR kat situ tutup kul 10.00 malam. Huuu..

Jadinya berenamlah kami bersuka-ria riang ria di hari raya.
Meh la nak tunjuk gambar sikit. 

Inilah angah saya! Dia banyak duit! Dia belanja saya SR! Bahahha..Tapi kesian kat dia kaki dia kena simen. Nasib baik tak ambik gambar kaki! ;p Yang tudung biru tu Kak Ipar saya.

Mak saya, abah saya dan Cintehati!!
Ini namanya apa ek? Errmm Rice+Chicken Black Pepper kut..
Lasagna
Ini Cintehati punya! Berbelit nak sebut. Ermm.. Chicken Parmagiana. (rasanyalah!)

Ini memang feveret saya. Chicken Cordon Bleu. Tapi.. Kenapalah presentation dia kurenggg..Ayam saya hanguss! Bahaha.. Jagung, out!
Ice Choc + Cream (Lupa la namanya)
Kengkonon jari tu lilin..
Opss! Gambar kotak aje mampu tunjuk. Sebab isi dia amatlah nakal! Mentang2 saya dah nak kahwin. Sabar ajelah. Ni dari Along + Kak Long saya. 

Ini dari si dia. Thanks so much! Luv u..

Alhamdulillah.. 
Berakhir dengan sangat ceria.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang mengucapkan kepada saya. 
Tak kira di facebook atau di handphone.
Saya amat hargai. 
Terima kasih banyak2.