Follower Tersayang

Thursday, May 24, 2012

Pukul 3 Pagi...

Hai, assalamualaikum kawan2..
Hmm..
Pukul 3 pagi, haruslah semua dah tidur dan saya membebel di dada blog ni sendirian. 

Lama tak update cerita2 dalam ni.
Bukan tak ada cerita nak dikongsikan, banyaaakk sangat..
Tapi tak tertaip rasanya. 
Terlalu banyak kerja yang harus saya selesaikan. 
Minggu-minggu ini, minggu-minggu lepas terlalu banyak cerita yang berlaku dalam  hidup saya. 
Wah! Saya diuji dengan macam2 hal di saat-saat genting macam ni. 
Tapi tak apa. Redha saja. 
Memetik nasihat along saya.
"Sentiasalah jujur dalam hidup ini tapi kena ingat, jangan harapkan orang lain akan jujur seperti mana kita lakukan. Redha kalau itu bukan rezeki kita dan jangan mengeluh." 

Don't get me wrong..
Petikan ayat-ayat itu tercetus bilamana along saya kehilangan handphone. Dia cuba contact dan mesej telefon yang sudah di 'seluk saku' itu sebab talian masih aktif. Dia kata, dia minta orang tu pulangkan handphone dan dia akan beri ganjaran. Huhuhu. Saya cakap kat dia, manalah ada orang yang akan ikut cakap dia. 

Dia pun cerita, kalau dia jumpa handphone, dia pasti pulangkan. Tak sampai hati nak ambik. Saya cakap, hah! Kau buat baik kat orang, tapi orang tak buat pun perkara yang sama macam kau buat.
Jadi, tercetuslah kata-kata di atas tu. Bila fikir-fikir balik, memang betul apa yang dia katakan walaupun ayat-ayat along saya ni selalu menyakitkan hati. Bahaha.

Selain itu, Chiki! Haih! Chiki buat saya dan Cintehati sakit jantung! 
Baru nak masuk pintu pagar uptown, dia dah lompat dan jatuh ke tanah. 
Lintang pukang dia lari masuk bawah kereta, keluar pulak masuk bawah kereta lain.
Saya dan Cintehati memang menggelabah cari dia.
Lepas tu nampak pulak dia keluar dari bawah kereta tu dan lesap entah ke mana.
Saya dah terduduk. Otak saya hanya fikir macam mana nanti keadaan Chiki dan anak dalam kantung dia. 
Macam mana dia nak survive. 
Mahu nangis dah waktu tu. 

Dan saya tahu Chiki pasti tengah ketakutan waktu tu. Chiki memang sugar glider yang sangat manja.
Tapi saya dan Cintehati tak terfikir tentang Chiki yang sangat bijak ni. (Bahana makan buah delima banyak sangat! ;P)
Dia tahu dia kecil. Dia tahu dia susah untuk dilihat. Nak panggil, manalah dia tahu. Nak keluar, mesti dia takut. 
Jadi saya pun tak tahu macam mana dia boleh terfikir yang dia panjat batu konkrit besar dan tingginya paras pinggang kami. Agaknya dia fikir dengan duduk diam-diam atas batu konkrit ini pasti tuan aku akan nampak aku! 

Air mata dah macam empangan bila nampak dia duduk ketakutan kat atas batu tu. 
Bila keluar aje suara Cintehati, "Iki!"
Terus dia berlari dan lompat atas badan Cintehati saya.
Aduhai.. drama sungguh!
Satu hari Chiki diam dan tak bermain pun. :(

Lebih kurang inilah batu konkrit tu.

Hmm..
Apa lagi? Oh ya..
Cintehati terbang ke Ho Chi Minh, Vietnam.
Team building.

Paling berharga dia hadiahkan saya Sutera Vietnam.

Sangat cantik. Bagi saya, pilihan dia, cantik di mata dia, cantiklah di mata saya.
Saya cuma pesan, pilih ikut mata awak. Paling penting dari pilihan awak. Bukan dari pandangan orang lain. Sebab saya mahu sesuatu yang dari pilihan dia sahaja. 
Sayang dia selalu-selalu!


Lagi??
Itu saja. 
Kita sambung lain kali ya. 

4 comments:

N said...

So sweet... semoga kaseh kekal hingga hujung nyawa. :)

p/s : setuju dengan petikan kata2 along.

Hanny Esandra said...

thanks N...;p

JeeMacey said...

ya allah..jgn jadi lg mcm tue...takut sgt sugar glaider tu hilang...kalo jee dh pengsan dh...syg sgt cik hanny..

Hanny Esandra said...

cik jee,
tau xpe.. sama la saya cik jee..
saya dah tak kisah kt org yg lalu lalang sambil pandang pelik kat saya. sebab mcm org hilang anak.
hahaha..
apa2 pun dia masih selamat. syukurlah.