Follower Tersayang

Saturday, June 2, 2012

Lelaki Cadangan - Bab 6


6
BUNYI dentingan yang tergantung di pintu masuk butik menandakan ada pelanggan yang datang. Affirina di kaunter memanggung kepala. Wajahnya berkerut. Dia seakan-akan mengenali gadis cantik yang sedang membelek pakaian-pakaian pengantin yang tergantung di butik itu. Affirina menghampiri.
            “Ya, kak, err… dik… miss..?” Aduh! Datang lagi penyakit gagap aku. Affirina memggosok dahinya perlahan.
 Nabila menoleh sambil tersenyum. Tangannya masih lincah menyelak-nyelak baju-baju yang tergantung di situ.
“Boleh saya bantu?” Affirina tersenyum lega sambil mendekati Nabila.
            “Sebenarnya saya nak kahwin lagi tiga bulan. Saya nak tanya, butik ni ada buat pakej perkahwinan lengkap tak?” ujar Nabila tersenyum.
            “Hai, Fir!” Jasmin tiba-tiba masuk. Dia senyum memandang Nabila. “Your first customer?” soal Jasmin. Affirina mengangguk. Jasmin duduk di meja kaca berbentuk  bulat yang terletak di tengah-tengah butik yang luas itu.
            “Jemput duduk dulu, selesa sikit nak berbincang.” Usul Affirina sambil tangannya dengan hormat menghala ke arah meja yang terdapat di situ.
Nabila hanya menurut. Mereka bertiga duduk di meja tersebut.
            “Saya Affirina, panggil Fir aje. This is my bestfriend, Jasmin. Min.” Affirina menghulur tangan. Nabila menyambut mesra. Begitu juga dengan Jasmin.
            “Nabila, just call me Belle.” Nabila tersengih menampakkan barisan giginya.
            So, Belle nak cari apa tadi?” soal Jasmin penuh minat. Dia perlu bermukadimah terlebih dahulu untuk memberi tunjuk ajar kepada Affirina.
            “Kalau boleh nak cari seorang yang boleh uruskan semua dari A sampai Z, tak nak susahkan family, lagipun malas nak fikir-fikir dah.” keluh Nabila.
Jasmin dan Affirina saling berpandangan.
            “Kebetulan!” Terangkat bahu Affirina apabila Jasmin menepuk kuat meja bulat itu. “This is our wedding planner!” sambung Jasmin sambil menepuk perlahan bahu affirina di sebelahnya.
Affirina melihat wajah Nabila sudah berseri-seri. Dia menggosok-gosok kedua-dua belah tapak tangannya.
            Really? Thank God! Kira jadilah Kak Fir jadi wedding planner Belle, ya?” Nabila kelihatan begitu teruja.
Tangan Affirina diraih. Affirina tersenyum sumbing. Hendak tak hendak dia harus lakukannya. Itu memang tugas dia. Dalam keadaan begini Affirina harus berkata ‘ya’ untuk pelanggannya. Jantungnya berdegup laju. Terasa berdebar pula apabila tanggung jawab telah berpindah ke bahunya.
            “Jangan risau, Belle. Insya-Allah Kak Fir boleh tolong. Sekarang bagitau Kak Fir majlis perkahwinan macam mana yang jadi impian Belle?” Affirina tersenyum merenung Nabila yang sedang berfikir.  Di dalam hatinya terasa debaran yang kencang. Ini tugasan pertamanya. Ia boleh jadi berjaya dan ia juga boleh jadi sebaliknya. Apa yang penting bagi Affirina sekarang adalah tugasnya harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
            My future husband ramai orang kenal sebab dia anak kepada ahli perniagaan, so dia nak kami buat kat hotel. Lagipun Belle minat fresh flower.” Balas Nabila. Matanya terkebil-kebil memandang Affirina. Sesekali dia tersenyum mungkin memikirkan perkahwinan impiannya.
            “Bercadang nak tema warna apa?” soal Affirina perlahan. Buku sketch dan pensil sudah tersedia di tangannya. Bersedia untuk melukis dan menulis apa sahaja nota penting berkaitan dengan perkahwinan Nabila.
            Red and gold!” beritahu Nabila dengan bangga.
            “Kalau macam tu, kita ambil pakej yang inilah.” Affirina bangkit dan menarik sebuah fail di dalam rak untuk menunjukkan pakej perkahwinan yang lengkap untuk majlis yang akan berlangsung di hotel.
            “Belle?”
Belum sempat Affirina membuka fail yang terdapat senarai-senarai pakej, kedengaran satu suara garau memanggil Nabila. Semua mata tertumpu ke arah pintu masuk butik.
Lelaki yang berdiri sambil menjengulkan kepala ke dalam butik itu pun turut terpempan. Betul ke apa yang aku lihat ni? Syah masih merenung gadis yang berkemeja putih berbunga biru, bertudung biru, dan berseluar jeans.
Mata Affirina juga bulat melihat lelaki yang menjadi musuhnya secara tidak rasmi itu. Ya Allah… kenapalah aku mesti ditemukan dengan lelaki ini lagi? Tak ada ke lelaki lain di muka bumi yang fana ini? Affirina mengerling ke arah Jasmin. Nampaknya Jasmin juga kaget seperti dirinya. Mereka saling berpandangan.
            Syah perlahan-lahan menghampiri ketiga-tiga gadis itu sambil tersenyum. Dia merenung Affirina dengan senyuman sinis. Jasmin sudah lama ternganga. Perang dunia ketiga bakal meletus ni! Baik aku cabut!
            “Nampaknya dua-dua dah ada, Fir, aku masuk dulu, buatkan minuman untuk tetamu kita, ya.” Jasmin mula mengangkat punggung.
            “Eh, tak apa, biar aku yang buat, sesekali jadi tea lady tak apakan?” Matanya tak lepas dari memandang Syah. Poyo! Affirina menahan Jasmin dari terus bangun.
            “Ee… nak buat konsep apa ni?” soal Nabila manja sambil melentokkan kepalanya di bahu Syah yang sudah [un duduk di sebelah Nabila.
Jasmin hanya tersenyum melihat. Ni mesti kes jealous ni, kalau tak, takkan Fir yang tawarkan diri untuk buat air. Mesti dia tak sanggup nak tengok pasangan dua sejoli ni.
            Nabila bangun dan melihat-lihat baju yang tergantung. Jasmin tenung Syah yang leka membelek telefon bimbitnya. Kemudian mata mereka bertentangan. Syah jadi pelik. Apahal Jasmin ni? Dah mula cam aku ke?
            “Macam pernah tengoklah.” ujar Jasmin. Berkerut-kerut wajahnya.
            “Memanglah. Accident hari tu.” Syah buat muka selamba. Risau juga kalau-kalau Jasmin sudah mula kenal siapa dia.
            “Bukan.”
            Then?”
            “Sebelum tu lagi....” Jasmin menongkat dagu pula.
            “Pelanduk dua serupa kut!” Syah tersengih. Dia berpaling melihat Nabila yang leka memilih gaun di hujung butik.
            Maybe.” Jasmin mengangkat bahu.
Affirina keluar menatang dulang berisi seteko air dengan sepiring kek. Mata Syah masih merenung Affirina yang leka menuang air. Apa hal tenung-tenung orang? Nak kena korek biji mata tu ke? Simbah dengan air panas ni nanti, langsung tak payah bersanding! Huh! Aku tengah marah ni. Jangan cuba-cuba cari pasal.
Jasmin sedari tadi jadi pemerhati. Fir, Fir… muka kau dah macam apam hangus tau tak!
            “Jemput minum, Encik Syah, Belle.” Affirina berusaha untuk senyum.
            “Ee!! Cantik tak?” Nabila menggayakan sepasang kebaya tradisional Jawa.
            “Baju yang Belle pegang tu, kain dia kami import dari Jawa Tengah, Indonesia.” terang Affirina.
Syah mengerling. Entah kenapa telinganya menjadi kembang bila mendengar suara Affirina. Sikap loyar buruk meronta-ronta dalam jiwanya. Dia tersengih sebelum berkata-kata.
            “Oh... dari Jawa Tengah, dari ‘Jawa Tepi Sikit’ tak ada ke?” Affirina pandang Syah. Wajah lelaki itu selamba. Jasmin dengan Nabila sudah ketawa panjang. Amboi… loyar buruk engkau ya!
            Nabila menyangkut kembali pakaian tersebut. Kemudian membelek yang lain pula.
            “Belle, minum dulu. Rugi tak rasa air buatan Cik Affirina ni.” pelawa Syah sinis sambil meneguk minuman. Affirina tersenyum paksa. Hantu betul kau Syah! Nabila dengan riak manja mula duduk di sebelah Syah. Affirina hanya memandang. Apalah yang terlalu istimewa Syah di kaca mata Belle? Dan apa pula istimewanya Belle di mata Syah? Eh? Sibuk aje aku ni…
            Affirina bangun, mengambil sesuatu di rak sudut butik itu. Kemudian duduk kembali bertentangan dengan Syah dan Nabila.
            “Kat sini boleh dikatakan lengkap. Bermula dengan tempahan baju, pelamin, gubahan hantaran, kek perkahwinan, perkhidmatan videografi, tempahan kad, sampailah katering. Jadi Belle dengan Encik Syah  boleh memilih mana-mana pakej yang kami tawarkan. Belle dengan Encik Syah pilihlah dulu.” Affirina menghulurkan sebuah katalog kepada Nabila.
            “Kat sini, segala macam fesyen untuk baju pengantin dari bersanding sampai acara potong kek. Kalau nak sewa kat sini pun boleh, kalau nak tempah yang baru pun boleh.” Affirina mengeluarkan sehelai kertas dan pensel bersedia melukis sekiranya Nabila meminta untuk dibuatkan sepasang gaun yang baru.
            Nabila melihat wajah Affirina. Gadis itu tersenyum.
            “Kalau Belle nak sewa baju untuk bersanding, tapi gaun Belle nak tempah yang baru, boleh?” Affirina mengangguk sambil tersenyum. Nabila mula menceritakan gaun yang diinginkan untuk acara memotong kek.
            Syah leka menatap wajah Affirina yang khusyuk mendengar kata-kata Nabila dan mula melukis. Not bad.. tapi macam singa! Syah tersedar dan mengalihkan pandangan  tatkala Nabila meraih lengan sambil melentokkan kepala di bahunya. Syah cuba tersenyum walaupun dia tidak tahu hujung pangkal kenapa Nabila ketawa. Affirina hanya tersenyum. Sesekali tertunduk apabila aksi manja di depan matanya. Agak-agaklah nak manja pun. Aisey…
            So,” ujar Syah seraya bangun. “Kita jumpa lagi ya, Rina.” Gulp! Affirina memang pantang apabila ada yang memanggilnya dengan nama Rina. Sudah lama dia tidak mendengar panggilan keramat itu.
            “Fir! Just call me Fir!” Affirina tersenyum geram. Sakit hatinya melihat senyuman Syah yang ternyata dibuat-buat.
            “Rina pun tak salahkan? Terasa ‘ayu’ sikit bila panggil Rina.” balas Syah perlahan.
Affirina mengalih pandang ke arah Jasmin. Dia hanya menjungkitkan bahu. Affirina dan Jasmin menghantar mereka sehingga di depan pintu. Nabila keluar terlebih dahulu. Tiba-tiba Syah berpaling dan bertentangan dengan anak mata Affirina.
            “Sejak bila tukar profession?” soal Syah tersengih dan terus keluar.
Arghh!! Dia suka buat aku sakit jiwa! Suka hati akulah nak kerja apa pun! Yang penting bukan tea lady untuk awak!
            “Min! Kaulah handle, Min!” Affirina melangkah laju ke arah tempat duduknya.
            “Mana boleh, Fir! Kau dah janji dengan Belle dan Syah!” Jasmin turut mengekori Affirina dan duduk bertentangan dengan gadis itu. Dia lihat dada Affirina berombak kencang. Pasti menahan marah dengan sikap Syah tadi.
            “Itu tadi, sebelum aku tau bakal tunang dia si Syah mereng tu!” Affirina mendengus sambil tangannya lincah menyusun katalog-katalog di tempat asal.
            “Alah.. be a profesional, Fir.. kau buat aje kerja kau. Kau buat demi aku dan Aunty Zaza. Okey Fir?” pujuk Jasmin. Jasmin ni bab pujuk memujuk memang first class. Mana taknya, kat sekolah dulu pun, Bidang Daya Pujuk dapat A.
            “Hisy! Macam mana nak profesional dengan orang macam tu, belum apa-apa dia dah panggil aku Rina! Aku benci nama tu, tau tak! Benci!” Affirina terus masuk ke bahagian belakang. Terus dia mengunci diri di dalam tandas.
Alah… macam mana nak pujuk ni? Si Syah ni pun satulah! Suka betul sakitkan hati kawan baik aku ni! Dahlah dua-dua perangai macam budak-budak. Campak dua-dua kat dalam lombong nanti baru tau.
            “Fir, jangan macam ni. Keluarlah, kita bincang elok-elok, okey? Kalau kau tak nak uruskan, tak apa, aku cuba siapkan kerja aku cepat-cepat, lepas tu aku uruskan hal Syah dengan Belle.” Pujuk Jasmin. Dia mengetuk pintu bilik air.
Affirina di dalam bilik air masih terkebil-kebil. Sesekali dia mengesat air mata yang mengalir. Dia menarik nafas panjang. Cuba untuk tidak menangis di depan Jasmin. Fikirannya automatik mengenangkan apa yang pernah terjadi di dalam hidupnya. Dia menyesal. Menyesal mengenali seorang lelaki yang sepatutnya tidak layak bertakhta di hatinya ketika itu. Bongok! Aku memang bongok!
            “Fir…”
Affirina tersedar. Tak sangka Jasmin masih berada di luar.
            “I’m okay… Just give me a couple of minute.” Balas Affirina lembut. Dia mengesat sisa-sisa air matanya.
Jasmin pula melangkah longlai ke ruang hadapan. Tidak lama kemudian, Affirina muncul dengan tersengih-sengih, dia duduk di sebelah Jasmin.
            “Are you crying?” soal Jasmin curiga. Affirina menggeleng sambil tersengih. Sekarang tak. Tadi kat toilet, ya.

No comments: