Follower Tersayang

Thursday, May 17, 2012

Lelaki Cadangan - Bab 3


3
SYAH terasa malas mahu balik ke rumah keluarganya hari ini. Dia terus sahaja membelok keretanya masuk ke pekarangan kondominium miliknya. Kalau dari situ ke tempat kerja hanya memakan masa lima belas minit. Tapi Syah tidak betah tinggal seorang diri. Dia beli kondominium itu pun sebagai aset sendiri dan kegunaan di masa depan. Hisy! Mana boleh tinggal sorang-sorang! Full-time kerja di office. Part-time kerja kacau Belle. Teringat sahaja Belle, Syah terus mengeluarkan telefon bimbit dari dalam kocek seluar Dockersnya.
            “Helo budak nakal!” Syah tersengih.
            “Ee!!” Suara di hujung talian kedengaran manja.
            “Belle, bagitau ratu cantik dunia dengan hero tak makan tua tu yang kita tak balik rumah. Lepak kondo.” Syah baring di sofa.
            “Okey!” Syah tersenyum mendengar suara riang Belle.
Setelah menekan butang merah Syah membiarkan telefon bimbitnya di atas karpet di ruang tamu. Tali leher di rungkaikan. Syah bangkit dari sofa dan mula membuka satu per satu butang baju kemejanya lalu dicampakkan ke dalam bakul. Matanya memandang kembali ke arah bakul. Alamak… lupa pulak semalam nak basuh baju tu. Syah ambil baju kemeja jalur semalam yang bertompok darah di lengan. Dia masuk ke bilik air dan mula merendam baju tersebut.
            Affirina! Nama bukan main lagi. Perangai entah apa-apa. Perasan bagus! Wajah Syah keruh. Dia kembali ke sofa. Televisyen dibuka. Hebat juga Affirina ni. Berani jugalah bertentang mata dengan aku. Ah! Siapa tak kenal Affirina kat Excellent College tu? Heh! Semua orang tabik spring konon kat dia! Sebut Fir semua pakat kenal kat kolej tu! Sampai ke kolej aku pun nama dia jadi sebutan. Sebab apa? Sebab dia salah seorang wakil kolej dalam sukan Bola Keranjang. Syah memejamkan mata mengenang peristiwa dulu.

GEDEBUK! Syah terduduk. Dia meraba kepalanya yang terasa sengal terkena balingan bola keranjang yang tersasar sehingga keluar dari kolej. Tangan siapa pulak yang tak bedung sampai ke sini bola ni melantun?! Syah menangkap suara-suara yang bising di sebalik tembok Excellent College.
            “Kau pergilah ambil Fir! Kau yang salah baling tadi!” satu suara menjerit.  
            “Alah! Lebih kurang dahlah, Min! Tolonglah ambil!” balas satu suara lagi.
            “Mengada-ngadalah kau, Fir!” Jasmin keluar dari pintu pagar kolej. Dia tercari-cari bola kemudian terkedu melihat seorang lelaki berdiri sambil memegang bola keranjang tersebut. Wajah lelaki itu kelat masam mencuka. Jasmin memberanikan diri mendekati pemuda yang kaku di situ. Jasmin menatap lelaki berambut panjang paras bahu dengan aksesori cekak di rambutnya. Lelaki itu ringkas memakai T-Shirt putih dan berseluar jeans biru.
            “Siapa baling?
            “Fir…”
            “Kirim salam maut kat dia.” Spontan Syah mencampak bola ke arah Jasmin. Terkial-kial Jasmin mahu menyambut bola tersebut.

SYAH membuka mata. Dia pasti yang bersama-sama Affirina tadi adalah Jasmin. Tapi yang lebih pasti, kedua-dua gadis itu tidak cam akan dirinya. Sudah hampir empat tahun mereka tidak berjumpa. Lagipun, mereka tak pernah bertegur sapa.

KENAPA kau berhenti kerja tempat lama tu?” soal Jasmin sewaktu mereka sama-sama menggubah sirih junjung untuk seorang pelanggan. Affirina tersengih. Memang salah dirinya sendiri. Panas baran tak ikut tempat.
            “Aku kena notis 24 jam.” Jawab Affirina selamba sambil membelek luka di sikunya. Nasib baik luka itu sudah mula mengering.
            “Ubahlah perangai tu Fir…” Jasmin mengeluh.
Affirina buat muka selamba. Dia tahu itu salahnya. Sepatutnya, macam mana cerewet pun pelanggan tu, dia kena kawal secara profesional. Ini tidak, lagi disemburnya pelanggan itu adalah!
            “Dah! Stop! Aku tak nak ingat dah!” tingkah Affirina.
            “Ha! Kat sini, kau kena jumpa customer jugak! Jangan kau buat macam dulu, sudah! Aku bagi tendangan maut nanti!” ugut Jasmin.
            “Baik, boss!” Affirina ketawa.
            “Fir…”
            “Ehmm…?” Affirina tersenyum memandang Jasmin.
            “Kau perasan tak lelaki yang langgar kau semalam?” soal Jasmin.
Senyuman lenyap dari bibir Affirina. Masing-masing berwajah serius.
            “Kenapa?” soal Affirina acuh tak acuh.
            “Macam pernah jumpa…”
            “Muka macam tu memang bersepah kat pasar malam.” Affirina jawab selamba.
            “Gila kau Fir? Handsome gaban macam tu kau kata bersepah?” Jasmin membulatkan mata.
            “Peduli apa aku.”
            Korean style.”
            “Apa?” Affirina kembali merenung Jasmin.
“Mamat tu, Korean style!” Jasmin tersengih.
“Lantaklah! Korean ke, Japanese ke, Indonesia ke, Nepal ke, yang penting dialah orang yang bertanggungjawab menyakitkan hati aku waktu temuduga hari tu!” sembur Affirina dengan satu nafas.
 Bulat mata Jasmin mendengarnya.
“Dia ke?” Affirina mengangguk. Terbayang wajah Syah di matanya.
Jasmin tersengih. Tapi lama kelamaan senyuman Jasmin mati di situ. Dia masih tidak puas hati kalau tidak menemui jawapan. Jasmin berfikir sambil memetik jari. Memang dia rasa seperti pernah berjumpa dengan lelaki tersebut sebelum ini.
“Entah-entah dari boy’s college sebelah kolej kita dulu.” tutur Jasmin cuba meneka.
 Affirina segera merenung Jasmin.
“Merepeklah kau, Min! Kau boleh tak jangan fikir lagi pasal dia? Menyusahkan kepala otak sendiri buat apa?” marah Affirina.
Jasmin hanya mengangkat bahu. Dia tersenyum dan melayan perasaannya sendiri. Dia memang pasti dengan kata hatinya. Memang dia pernah lihat lelaki itu sebelum ini.

No comments: