Follower Tersayang

Sunday, May 20, 2012

Lelaki Cadangan - Bab 4


4
AFFIRINA duduk bersantai di ruang tamu tetapi tangannya lincah menyusun jigsaw puzzle. Itulah hobinya kalau ada masa-masa terluang di waktu malam ataupun hujung minggu.
            “Woit!” Bahunya ditepuk.
            “Dah lama hidup agaknya abang ni!” Affirina menjegilkan mata.
Alphy sudah ketawa panjang. Puas dapat mengusik adiknya.
            “Habis, dari tadi tangan tu dah lintang pukang cantumkan puzzle tu. Abang panggil dari tingkat atas sampai dah turun kat bawah ni pun buat tuli aje!” Alphy melompat duduk di sebelah Affirina. Dia memandang lagi wajah adiknya yang jelas khusyuk.
            “Fir.” tegur Alphy.
            What?” soal Affirina tanpa memandang wajah Alphy.
            “Tak ada boyfriend ke?” soal Alphy secara tiba-tiba.
Affirina mengerutkan dahi mendengar soalan abangnya. Terus dia berhenti dari tangannya mencantum-cantum puzzle yang masih lagi terpisah. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba sahaja soalan itu terbit dari mulut Alphy. Perlahan-lahan dia memanggung kepala memandang Alphy yang setia merenungnya.
            “Apa hal tiba-tiba ni? Dah teringin nak beradik-ipar ke?” Jeling Affirina. Macam dah tak cukup soalan lain kat dalam dunia ni. Soal pasangan hidup juga yang menjadi pilihan.
            “Kalau dah ada jodoh senang abang kahwinkan!” Alphy ketawa.
            “Eleh.. diri sendiri pun tak ada calon, kecoh hal orang.” Affirina masih leka menyusun kepingan puzzle tesebut. Kemudian melarat ke Alphy pula khusyuknya.        “Abang lain. Abang ni lelaki, bila-bila aje abang boleh memikat kalau nak. Fir tu, bila nak jadi kucing? Asyik jadi singa aje.” Alphy bersila menghadap Affirina.
Affirina pula masih diam memikir mana mahu disambungkan kepingan puzzle tersebut. Dia buat-buat tak dengar kata-kata Alphy.
            “Uik? Dengar tak?” soal Alphy sambil menarik rambut Affirina.
“Sakitlah!” Affirina geram lalu mencabut bulu kaki abangnya.
Alphy menjerit. Fir ni tak ada benda lain nak attack, bulu kaki aku yang seksi ni juga yang jadi mangsa. Mahu botak kalau hari-hari macam ni! Affirina sudah tinggalkan jigsaw puzzle, berpusing dan bersila menghadap Alphy.
“Macam abang tak kenal Fir,” ujar Affirina perlahan sambil memintal hujung rambutnya.
“Apasal pulak?” soal Alphy buat-buat tak faham.
“Abang pun taukan apa yang pernah terjadi kat Fir. Fir tak nak benda yang sama berlaku lagi.” Affirina berubah sedih. Masing-masing terdiam tanpa kata. “Lagipun, malaslah Fir nak serabutkan kepala dengan sikap lelaki ni! Nanti kalau dapat yang macam abang, lagi buat Fir pening kepala.”
Alphy ketawa dengar celoteh adiknya.
“Kenapa abang suka buli aku?” soal Affirina sambil menjungkitkan keningnya.
“Sebab akukan abang.” Kedua-duanya ketawa serentak.
Mereka suka mengulangi ayat iklan yang pernah popular di televisyen. Affirina merebahkan kepalanya di bahu Alphy.
“Tangan dah okey?” Alphy membelek lengan Affirina. Dia tersengih. Teringat pada malam selepas kejadian.

ABANG! Nak cuci luka ni elok-elok tau! Tak pasal-pasal kakiku di bibirmu nanti.” ugut Affirina sambil meluruskan telunjuknya ke wajah Alphy.
Alphy hanya tersengih sambil membuka balutan yang ditampal di siku kanan Affirina. Kerja-kerja membersihkan luka dijalankan. Alphy rasa seperti mahu sumbat telinganya dengan kapas. Affirina dari tadi menjerit tidak henti-henti.
            “Bukan sakit pun, dik.”
            “Tak sakit kepala lutut abang!”
            “Kepala lutut abang memang tak sakit.” Alphy buat muka selamba sambil dia mencuci luka di siku Affirina.
Affirina sudah mengangkat kaki kanannya seolah-olah mahu menendang abangnya.
            “Abang dah bertahun tinggalkan St. John la Fir, tapi seingat abang, belum ada lagi pesakit yang ala-ala sakit otak macam Fir ni.” Alphy sekeh kepala Affirina.
            “Apa hal pulak?” Affirina menjeling tanda tidak puas hati.
            “Dah siap!”
Affirina membelek hasil balutan Alphy.
            “Woi, abang! Luka Fir kat siku aje, apa kes balut nak sampai ke bahu ni?” Affirina betul-betul geram dengan tindakan Alphy.
            “Sikit punya baik abang nak cuci luka tu. Kalau pergi klinik entah berapa puluh ringgit terbang.” Alphy menarik telinga Affirina.
            “Eleh… kata ahli St. John sejati konon.” Affirina mengusap telinganya.
            “Woi! Tu dah berapa tahun. Abang arkiteklah, bukan doktor!” jawab Alphy.
Affirina hanya tersengih.

KENAPA tersengih-sengih ni?!” Terkejut Alphy dengan sergahan Affirina. Terbang melayang apa yang difikirkan tadi. Alphy menggeleng dengan senyuman masih menghiasi bibir.
            “Kalau macam inilah kau dik, bila nak dapat abang.” usik Alphy.
            “Firkan dah ada abang?” jawab Affirina selamba.
            “Ini abang kandung, maksud abang, ‘abang’ yang buat Fir mengandung!”
            “Abang!” Sepantas kilat Alphy melompat dari sofa dan terus naik ke atas.












No comments: