Hai, assalamualaikum kawan2..
Hari ni kita genap 8 hari berpuasa.
Dah seminggu.
Sekejap aje kan??
Boleh tak bulan puasa ni lama sikit?
Wakaka..
Bukan apa, lagi dekat habis bulan puasa, lagi dekat la tarikh saya tut tut tut..
Takutttt...
Huhuhu...
Oklah..
Sebenarnya nak cerita satu benda ni.
Bulan2 puasa yang mulia ni mak saya berniaga.
Macam2 jenis kuih mak saya tau buat.
Cakap aje nak apa..
Insya-Allah dia boleh buat.
Tapi waktu bulan puasa ni
Memang baru boleh nampak kuih ni.
Kuih ni memang jarang orang nak buat kalau bukan dalam bulan puasa.
Bak kata india2 yang beli kuih tu,
Waktu bulan puasa ni la macam2 kuih special keluar.
Dia orang tumpang sekaki beli.
Hehehe..
Kuih apa yang menjadi idaman ramai bila datang gerai mak saya???
Ini..
Eh..silap2...
Inilah....
Haaa..
Kuih Badak Berendam
Bukan Badak yang tengah berendam tu ya..
Eh gambar ni bukan kuih yang mak saya buat ya.
Saya tak sempat nak snap gambar pun.
Busy orang menderu2 datang.
Hikhik..
Kuih ni mak saya buat banyak mana pun tetap akan habis.
Betul. Tak tipu.
Mak saya buat penuh satu periuk, satu periuk habis.
Cumanya tak larat la mak saya nak buat dua periuk, banyak lagi kuih lain dia nak buat.
Nak jadi cerita.
Ada satu customer from Indon yaaa..
Dia tanya saya :
Kuih ni di Malaysia, orang panggil apa ya??
Saya cakap :
Ini namanya Badak Berendam.
Dia pun angguk2..
Dia cakap :
Ya.. Di Indonesia, di tempat aku orang panggil KUIH KENTAL.
Wahh..
popular jugak kuih ni. Hehehe..
Kuih ni sama aje macam kuih koci. Inti kelapa.
Cuma kuih koci dibalut dengan daun pisang.
Tapi yang buat kuih koci pun macam2.
Kalau peniaganya baik sikit, jumpa la kuih koci yang ada santan sekali. Kalau tak just berminyak2 aje.
Koci pulak ada pulut hitam, yang putih atau labu.
Kuih koci ni ada sorang feveret yang akan tempah beratus dengan mak saya.
Huhuhuuu..
Kadang2 tak terambik order sebab mak saya cakap dia malas! Hahaa..
Lagipun modal mahal ye kawan2.
Kalau nak makan sendiri oklah..
Tapi..
Ada satu lagi kuih yang kiranya adik-beradik dengan Kuih Badak Berendam, Kuih Kental mahupun Kuih Koci.
Iaitu...
Inilah Kuih Sepang.
Pernah makan? Pernah tengok? Pernah dengar?
Hahaha..
Ini kuih original dari Negeri Sembilan.
Mak saya memang anak jati Negeri Sembilan.
Kuih ni kami akan buat kalau ada kenduri2 kecil2 kat rumah sedara-mara.
Tapi kalau nak cari orang jual.
Hohoho..
Balik Pilah lah yo baru dapekkk..
Hihih..
Semua kuih di atas konsepnya sama.
Inti kelapa di dalamnya.
Hihi..
Resepi???
Ada ke yang nak??
Kena mintak mak sayalah.
Saya ni namanya aje anak tukang buat kuih.
Tapi saya tak pandai pun.
Sumpah.
Tak pandai.
Dan buat kuih pun bukan kegemaran saya.
Tapi kalau buat kek.....
Hmmmm..
Saya sanggup pergi kelas dan belajar.
Si Cintehati juga sudah ada lampu2 hijau, lepas kahwin nanti saya boleh pergi kelas.
Dia kata boleh buat bisnes.
Yeay!
Anything for u my dear.
Yang penting....
Kamu keluarkan ongkosnya yaa!!
Peace!
6 comments:
hahhahha, yg kuih sepang tuh mmg tak pnh tgk, ni 1st time tgk wehh...aku ni apa2 ajek yg berunsur lembut2, guna tepug pulut, mmg aku balun habes...sedap apa...igt seng nak dpt. org bukan suka buat bda yg remeh2 nih, makcik2 jek suka buat. nak plak bulan2 biasa, mmg payahlah nak jpa, melainkan bulan pose, yg pelik2 mmg seng nak dpt. sebulan setahun wehhh, apa agi, time nih lah nak menyental apa yg patot, kehkehkeh...
terpanjang plak komen...semangat nih...hehhehe~~
hahhaa..
kuih sepang memang takdelah jumpa kat sini. kalau ada pun kemungkinan besar mak cik yg jual tu orang kampung.. heheh..
aku tak gemar sgt kuih2 kukus ni.. aku suka kuih goreng2 je.. :) nanti kalau ko dtg sini kalau ada rezeki ko aku bg rasa kuih mak aku ye. ;)
hahaha..kelaka la cik hammy no..ada gmbr hyppo....hehehe
cik jee,
heheheh.. saja letakk.. ;p
kuih sepang?? wah..kena cari orang n9 gak cm gini..x pernah jumpa pun sblm ni..ni 1st time tgk..cm sodap je..sy pun suka tlg mak meniaga kuih tp mak slalu x bg sbb sambil sy tlg jual sy tlg perabiskan jgk..ahaha...nk buat mcm mana kannn..huhu
hahhaha..
itu bukan tolong berniaga..
itu mengabehkan boreh ajo.. hahaha..
Post a Comment