Follower Tersayang

Thursday, July 19, 2012

Hai, Ramadhan.. Tiba jua akhirnya..

Assalamualaikum kawan2 semua.
Sihat tak hari ni? 
Lusa kita dah mula berpuasa.
Tak sabar rasanya nak berpuasa.. kan??

Tibanya bulan Ramadhan, bermakna tibalah jua untuk saya berjemur-jemuran di tengah panas.
Hahahaa..
Selain mengejar nikmat sewaktu bulan puasa
Saya juga terlibat dalam aktiviti menjual di Bazar Ramadhan.
Hehehe..
Penat tapi seronok! 

Bukan nak cakap besar, tapi di taman saya semua kenal mak saya ni pembuat kuih.
Dan ofkoz la sedap sampaikan satu taman suka nak order dengan mak saya. 
Betul, tak tipu. 
Kuih2 mak saya tu sampai ke Shah Alam dah femesnya.
Hahaha.. Itu kerja abang saya lah buat order kat ofis. 
Bukan setakat kuih, mee, mihun, nasi lemak, roti jala, semua mak saya pernah ambik order.
Alhamdulllah semua positif feedback. 

Jadinya, bulan puasa saya dan mak saya berniagalah.
Bila dah berniaga faham2lah ya.
Berpanas teriklah.
Dengan semangat berkobar2 saya dah beli ni..


Wah..
Semangatkan saya..
Sebab saya ni kulit yang cepat sunburn.
Dah la memang semula jadi saya ni 'Dayang Senandung'
Takkan nak tambah jadi 'Areng' plak.
Bahahhaha..
Tapi memang saya berkulit yang cepat terbakar. 
Tak payah kat tepi pantai,
jalan-jalan kat Pasar Pagi Stadium kat Shah Alam pun dah boleh berbelang muka saya. 

Lepas tu, bulan-bulan puasa ni
Walaupun puasa, letih dan beniaga lagi,
Kita kena tetap maintain segar.
Kena cantik barulah customer abang-abang hensem datang
Hahahaha..
Jadi saya borong ni


Saya memang pengguna Nano White.
Bajet nak muka cun macam Diana Danielle la tuh!
Bahaha..
Taklah. Saya memang guna produk ni dari tahun lepas rasanya. 
Bau dia sangat best.
Sesuai dengan kulit saya.
Tapi Omega Day Shield -Skin Color tak pernah try.
Yang pernah saya pakai Yang krim dia warna putih. 
Sangat best ya.
Non-greasy. 
Terus meresap ke muka. Nak pakai faoundation pun senang sebab tak berminyak kan.
Kalau jenis berminyak nanti bertampuk2 kat muka kalau pakai foundation.
Nak2 kaki mekap macam saya ni memang takkan lupa pakai benda2 basic ni..

Apa-apa pun semoga Ramadhan kali ni bermakna seperti tahun-tahun sudah dalam hidup saya.
Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. 
Amin. 

7 comments:

ezy.fia said...

selamat berpose..
selamat berniaga..
hihi

Hanny Esandra said...

selamat berpuasa juga..
terima kasih.. hehe..

Lady Rina said...

selamat berposa...:)

JeeMacey said...

salam ramadhan cik hanny...

CintaZulaikha said...

selamat berpuasa Nad...:)

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

salam Ramadhan :):)

Hanny Esandra said...

ct & jiha,
selamat berpuasa..

lady rina & cik jee,
selamat berpuasa jugaaa..